Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010, bagi tujuan mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi anda, persetujuan jelas perlu diperolehi dari
anda sebelum sesuatu perkhidmatan dilaksanakan. Bagi tujuan memproses permohonan ini, data peribadi anda mungkin perlu didedahkan kepada beberapa pihak tertentu
seperti yang dinyatakan di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Maklumat lanjut berkaitan Notis Perlindungan
Data Peribadi MBMB boleh diperolehi melalui portal rasmi MBMB di http://www.mbmb.gov.my/
Deklarasi
Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa saya telah baca dan fahami serta bersetuju untuk tertakluk kepada Notis Perlindungan Data Peribadi MBMB dan saya menyatakan
persetujuan dan memberi kuasa kepada MBMB :
Untuk meminta, memperolehi, mengumpul, memproses dan menyimpan kesemua maklumat data peribadi dalam borang ini bagi tujuan
memproses permohonan ini dan semua tujuan-tujuan lain yang diperlukan berkaitan dengan mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi yang ditawarkan oleh MBMB; dan
Untuk membenarkan MBMB menzahirkan data peribadi saya kepada pihak-pihak tertentu seperti yang dinyatakan di dalam
Notis Perlindungan Data Peribadi MBMB apabila dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan di dalamnya.
Saya seterusnya mengesahkan bahawa kesemua data peribadi yang saya telah berikan adalah benar, terkini dan tepat. Saya juga faham bahawa saya boleh memohon untuk mendapatkan
akses kepada data peribadi saya untuk tujuan mengemas kini atau membetulkan data tersebut. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada mana-mana data peribadi saya, saya akan
memaklumkan kepada MBMB dengan serta merta.